Monday 7 March 2016

PERANAN SYARIAH

a. Memelihara Agama

-Peranan utama syariah Islam adalah untuk memelihara nilai  agama serta perlaksaannya. Sebarang elemen yang boleh mengugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku. Andai kata sudah berlaku maka, hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan dilaksanakan. Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan mengambilkira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama. Syariat Islam menetapkan sebarang kajian , ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara agama. Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf tentang keagungan Allah swt dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat. Untuk menyelamatkan agama, maka hokum keluar dari Islam adalah termasuk jenayah hudud.

b.Memelihara Maruah

Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambilkira kepentingan maruah umat. Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang perosakkan dan pemusnahan yang besar atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lessen untuk merobek maruah manusia atau maruah agama. Kerosakkan dan kefasadan yang melanda ala mini adalah antaranya punca daripada kealpaan para saintis , teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia. Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang.




c. Memelihara Nyawa

Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah. Nyawa tidak diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh, hukum bunuh boleh dikenakan keatas pembunuh dibawah kes qisas (al-an’am”151). Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama, mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia. Pensyariatan hukum dalam Islam mengambilkira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan. Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya, segala bahan kimia yang boleh membunuh dan merosakkan diri manusia. Seterusnya, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya, dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan nyawa manusia.

d. Memelihara Akal

Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak tandigannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan komputer riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak. Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah manusia.Islam melarang segala perubatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda. Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda. Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akanl adalah haram di sisi syariat Islam.



e. Memelihara Keturunan

Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan samada secara langsung atau tidak seperti:
-          Liwat
-          Istimna’ – Onani
-          Musahaqah – Lesbian
-          Mendedahkan aurat
-          Berdua-duaan lelaki dan wanita
-          Zina atau tuduhan melakukan zina
-          Bercakap atau menunjukkan aksi lucah
-          Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
-          Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
-          Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda yang haram seperti aurat wanita. Gambar atau filem lucah

Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau ta’zir. Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia.

f. Memelihara Harta


Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir dan , menspekulasi pasaran modal. Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakar bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mempunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya. Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalny. Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu. Hukuman Islam hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta’zir menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah ini. Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kematian dianggap mati syahid akhirat.

No comments:

Post a Comment