Monday 7 March 2016

PENGHARGAAN


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Titipan penghargaan terhadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadaNya atas segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para sahabat serta para tarbiin.Pertama-tamanya, saya tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada saya tanpa henti. Tanpa keredhaanNya tidak mungkin mampu saya menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun.Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan saya disini. Mereka juga banyak menyokong saya dari segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini.Tidak lupa juga kepada pensyarah kesayangan saya Ustazah Suraini Binti Ripin kerana dengan izin Allah, beliau sudi menunjuk ajar saya waima mengganggu masa rehatnya. Beliau juga sering mengingatkan saya sekiranya saya alpa dan menegur saya dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah yang tidak ternilai harganya.Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada rakan-rakan yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan yang saya dambarkan khususnya dalam menghasilkan dokumen ini. Ketahuilah segala macam bantuan yang anda salurkan amat saya hargai.Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan projek terakhir ini secara sulit ataupun tidak. Kesudian anda amat saya hargai.

No comments:

Post a Comment