Monday 7 March 2016

PENDAHULUAN

Setiap perkara yang ditetapkan oleh Allah swt mempunyai peranan dan maksud yang tertentu. Ianya tidak dijadikan sia-sia malah mempunyai hikmah untuk dimanfaatkan oleh manusia. Begitu juga dengan tuntutan syariah yang diperintahkan melalui ayat Al-Quran dan Al-Hadis semestinya mempunyai peranan tertentu. Ia merupakan sebuah kitab yang lengkap, yang menjadi panduan kepada semua umat manusia. Kandungannya merangkumi pelbagai hukum dan peraturan hidup untuk manusia dalam segala aspek kehidupan  Setiap perundangan hukum dalam syariah Islamiyah adalah bertujuan untuk melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia. Islam adalah agama yang syumul (sempurna), setiap garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam adalah bersesuaian mengikut tempat, bangsa dan zaman.

                Bagi umat Islam, Syariat Islam adalah merupakan panduan hidup yang integral/menyeluruh dan sempurna bagi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Setiap permasalahan yang melibatkan agama harus dirujuk kembali kepada syariah Islam agar setiap apa pun yang dilakukan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

No comments:

Post a Comment