Monday 7 March 2016

KESIMPULAN

Manusia perlu dipimpin dan diberitahu bahawa pembangunan berteraskan Islam adalah lebih luas daripada pembangunan yang hanya boleh dilihat oleh mata kasar, kerana ia bukan sahaja memerlukan penggabungan bersepadu antara manusia dan sumber alam, malah lebih penting daripada itu ialah penggabungan antara unsur dalaman dan unsur luaran manusia. Antara kalbu, akal dan nafsu dengan anggota lahiriah dan pancaindera yang lain. Interaksi murni di antara dua unsur yang bertunjangkan pengabdian sepenuhnya kepada Allah ini sahajalah yang dapat melahirkan amal dan tindak laku manusia yang selamat pembangunannya.

Berdasarkan huraian-huraian yang dikemukakan oleh penulis di atas tadi, dapatlah dikemukakan beberapa rumusan seperti berikut:

1. Syariah Islam adalah satu peraturan yang diturunkan oleh tuhan kepada seluruh umat manusia sebagai panduan mereka dalam menempuh kehidupan.

2. Syariah Islam adalah peraturan yang mengatur kehidupan manusia agar mereka memperoleh kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

3. Syariah Islam diturunkan adaiah bertujuan untuk memelihara kepentingan manusia. Manusia kadang-kadang lupa peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengejar cita-cita masing-masing.

No comments:

Post a Comment